Kalendar Islam 2018 Bersamaan 1438-1439H

kalnedar islam 2018

Secara umumnya, sebagai mana yang kita tahu bahawa kalendar islam sangat berbeza dengan kalendar-kalendar yang lain. Kalendar islam ini telah diperkenalkan dari sejak zaman Rasulullah lagi dan digunakan sehingga kini. Artikel ini akan berkongsi mengenai kalendar islam 2018 bersamaan 1438-1439H.

 

Walaupun di Malaysia menggunakan kalendar Masihi sebagai kalendar utama negara, namun kalendar islam masih digunakan bagi mengetahui hari-hari yang penting dalam islam. Contohnya hari bila bulan puasa, hari raya puasa, hari raya aidil adha dan hari-hari yang lain. Ini adalah hari-hari yang sangat penting bagi umat islam, walaupun mempunyai kalender masihi untuk penggiraan di setiap hari, kalendar masihi tidak dapat menjangka bila akan berlaku bulan puasa, hari raya dan sebagainya. Sebab itu perlunya kalendar islam bagi umat islam seluruh dunia.

 

perbezaan konsep penggiraan kalendar Hijriah dan Masihi

 

  • Kalendar Hijriah adalah kalendar lunar ataupun qamariah yang mana cara penggiraan dikira melalui pergerakan fasa Bulan mengelilinggi Bumi. Bagi satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 hari dan 355 hari, bagi setiap bulan di kira bermula bulan Muharram dan berakhir sehingga bulan Zulhijjah.

 

  • Bagi kalendar Masihi pula sangat berbeza dengan kalendar hijriah yang mana cara penggiraan kalendar masihi adalah dengan cara dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilinggi Matahari. Ini juga di panggil sebagai kalendar solar atau syamsiah. Satu tahun Masihi dikira dalam bilangan hari adalah bersamaan dengan 365 hari atau 366 hari, untuk penggiraan dalam bulanan pula, satu tahun Masihi bersamaan dengan 12 bulan iaitu bermula daripada bulan Januari dan hingga bulan Disember.

 

Kalendar Islam 2018 /Takwim Islam Malaysia 2018

 

Kalendar ini telah dipersetujui daripada Takwim JAKIM dan pihak-pihak yang berkenaan bagi menetapkan tarikh Kalendar islam 2018. Kalendar ini memaparkan padanan tarikh diantara kalendar Masihi dan juga kalendar Hijriah, bagi tesk yang berwarna biru adalah kalendar bagi tahun Masihi dan manakala bagi teks berwarna merah adalah untuk Tahun Hijriah. Boleh klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

 

Kalendar Islam 2018

 

Sebagaimana yang kita tahu, dalam tahun Hijriah juga mempunyai 12 bulan seperti tahun Masihi. Di bawah adalah paparan bagi setiap bulan-bulan yang ada dalam Islam untuk tahun Hijriah dan juga jumlah hari dalam kalendar Hijriah di setiap bulan.

 

Nama-nama bulan dalam tahun Hijriah

 

Nama Bulan:                                                                          Jumlah hari dalam 1 bulan

 

  1.  Muharam   ==============================> 29 hari
  2.  Safar        ===============================> 30 hari
  3.  Rabiul awal   =============================> 29 hari
  4.  Rabiul akhir  =============================> 30 hari
  5.  Jumadil awal   ============================> 29 hari
  6.  jumadil akhir   ============================> 30 hari
  7.  Rajab            =============================> 29 hari
  8.  Sya’ban / Ruwah    =========================> 30 hari
  9.  Ramadhan      ============================> 30 hari
  10.  Syawal            ============================> 30 hari
  11.  Dzulkaidah / Zulkaidjah     ====================> 29 hari
  12.  Dzulhijah        ============================> 29 hari atau 30 hari

 

Maka dalam satu tahun hijrah mempunyai 12 bulan dan di dalam 12 bulan mempunyai 354 hari atau 355 hari.

 

Gambar dibawah adalah kalendar untuk tahun Masihi bagi tahun 2018. gambar di bawah di selitkan bagi tidak mengelirukan anda yang kurang paham pengiraan tahun Masihi dan Hijriah. Anda boleh rujuk kalendar dibawah…

 

rujukan Kalendar Masihi untuk Kalendar Hijriah

 

Tarikh-tarikh penting dalam islam tahun 2018 / 1439-1440 Hijriah  bagi negara Malaysia.

 

Gambar di bawah adalah kalendar islam 2018 dan juga tarikh-tarikh yang penting dalam islam bagi tahun 2018. Gambar dibawah juga boleh dijadikan rujukan bagi mengetahui hari-hari yang penting seperti gambaran harian yang tertera di bawah.

Untuk pengetahuan anda tulisan TARIKH HIJRI adalah Tarikh tahun Hijriah. Manakah tulisan TARIKH MILADI adalah bagi tahun penggiraan tahun Masihi

kalendar islam 2018kalendar islam 2018

 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu semua umat islam yang berada di Malaysia untuk membuat semakan dan juga boleh dijadikan rujukan serta dapat mengetahui persedian hari-hari yang penting dalam islam juga dapat membuat persediaan di hari perayaan.

 

Be the first to comment on "Kalendar Islam 2018 Bersamaan 1438-1439H"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*